Kerjaya antarabangsa Paulinho

Paulinho membuat penampilan pertama untuk skuad Seleção pada 14 September 2011, dalam perlawanan pertama Superclásico de las Américas 2011 menentang pesaing terdekat Argentina di Córdoba, dengan keputusan seri tanpa jaringan.[14] Gol antarabangsa pertama beliau ialah ketika menentang Argentina pada 20 September 2012 dalam perlawanan pertama Superclásico de las Américas 2012 di mana Brazil menang 2-1.[15] Paulinho bersama skuad Brazil membelasah Afrika Selatan 5–0 dalam satu perlawanan persahabatan pada 5 Mac 2014 dan ia dilihat akan memasuki skuad piala dunia Scolari.

Beliau telah dipilih oleh pengurus Luiz Felipe Scolari untuk Piala Konfederasi FIFA 2013 yang diadakan di tanah airnya, Brazil.[16] Dalam perlawanan pembukaan pada 15 Jun menentang Jepun, Paulinho menjaringkan gol kedua Brazil, keputusannya Brazil menang 3–0.[17] Dalam perlawanan separuh akhir menentang Uruguay pada 26 Jun, Paulinho menjaringkan gol kemenangan Brazil pada minit ke-86 untuk menghantar negaranya ke perlawanan akhir.[18] Dalam perlawanan akhir, Brazil membenam Sepanyol yang pernah menjadi juara dunia dan dua kali juara Eropah, 3-0. Paulinho menerima anugerah Bola Gangsa, iaitu pemain ketiga terbaik kejohanan.[19]

Pasukan kebangsaan Brazil
TahunKmnclnGol
201110
201272
2013163
201480
Jumlah325

Gol antarabangsa

#TarikhArenaLawanSkorKeputusanKejohanan
1 20 September 2012Estádio Serra Dourada, Goiás, Brazil Argentina1–1 2–1 Persahabatan
2 16 Oktober 2012Stadium Miejski, Wrocław, Poland Jepun2–0 4-0 Persahabatan
3 2 Jun 2013Stadium Maracanã, Rio de Janeiro, Brazil England2–2 2–2 Persahabatan
4 15 Jun 2013Stadium Nasional Mané Garrincha, Taguatinga, Brazil Jepun 2–0 3–0 Piala Konfederasi FIFA 2013
5 26 Jun 2013Mineirão, Belo Horizonte, Brazil Uruguay 2–1 2–1 Piala Konfederasi FIFA 2013

Rujukan

WikiPedia: Paulinho http://bleacherreport.com/articles/1661286-scoutin... http://sportsillustrated.cnn.com/soccer/news/20130... http://statistics.ficfiles.com/conmebol/libertador... http://www.fifa.com/confederationscup/players/play... http://www.fifa.com/confederationscup/teams/team=4... http://globoesporte.globo.com/futebol/times/corint... http://globoesporte.globo.com/jogo/brasileirao2012... http://www.goal.com/en-us/match/67981/argentina-vs... http://www.goal.com/en-us/match/92233/brazil-vs-ar... http://www.premierleague.com/en-gb/news/news/2013-...